MENU

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2024

CAMERON HIGHLANDS, 25 Julai 2024 - Padang Awam Tanah Rata dipenuhi lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan sekolah bermula pukul 7.30 pagi bagi menyertai program gotong-royong yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).

Program yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan tersebut telah dimulakan dengan penyampaian taklimat ringkas berkenaan aturcara program oleh Ketua Jabatan Kesihatan Awam MDCH, Encik Muhammad Safwan Izzat bin Rosli dan Penolong Pengurus Cawangan SWCorp Cameron Highlands, YM Tengku Fareeq bin YM Tengku Abdul Malik.

Program gotong-royong yang melibatkan sekitar kawasan Tanah Rata tersebut ialah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid sekolah dan orang awam bahawa pentingnya amalan menjaga kebersihan memandangkan Cameron Highlands merupakan salah sebuah daerah pelancongan terkemuka di negara ini.

MDCH menyeru agar penduduk Cameron Highlands dan para pelancong bersama-sama menjaga kebersihan daerah dan membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong-tong sampah yang telah disediakan.

Bersama kita membudayakan amalan kebersihan dalam komuniti setempat demi kelestarian alam sekitar dan kesedaran generasi akan datang.

trash

trash

trash

trash

trash

#KitaBersama

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether

#unityindiversity

#demipertiwi

#malaysiabersihindahsejahtera

#SWCorp

#SDG6

#SDG11

#SDG13

#SDG17

Kemaskini Terakhir: Selasa, 6 Ogos 2024 - 5:23pm