MENU

 

PENYELENGGARAAN PENUTUP LONGKANG DI JALAN BELAKANG CAMELIA, TANAH RATA

Oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 21 Ogos 2024 – Kerja-kerja penyelenggaraan penutup longkang yang melibatkan jalan belakang Camelia, Tanah Rata telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam , Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) secara dalaman pada hari ini.

Dengan bersumberkan peruntukan daripada MDCH, jabatan ini telah mengambil inisiatif untuk melakukan penyelenggaraan tersebut secara departmental.

Berikutan daripada penyelenggaraan tersebut, jalan belakang Camelia ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

Semoga inisiatif yang dilaksanakan ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan di kawasan tersebut.

REPAIR

REPAIRLONG

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether

Kemaskini Terakhir: Isnin, 26 Ogos 2024 - 11:02am