PENYELENGGARAAN JALAN DI PASAR AWAM DAN KEDAI DESA KAMPUNG RAJA
Oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto : Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 23 Januari 2025 – Kerja-kerja menampal jalan berlubang di kawasan Pasar Awam dan Kedai Desa Kampung Raja telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam (JKKA), MDCH pada hari ini.
Kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan seorang Pembantu Khidmat Am dan seorang Pembantu Kemahiran daripada jabatan berkenaan telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah cool mix patching.
Dengan bersumberkan peruntukan daripada MDCH, jabatan ini telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan aduan orang awam terutamanya pengguna jalan di kawasan tersebut dengan kadar segera.
Semoga orang awam berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak MDCH ini.
Salurkan cadangan dan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Daerah Cameron Highlands di pautan mdcameron.spab.gov.my
#KepuasanPelangganKebanggaanKami
#PrestasiDipertingkatKemakmuranDipertahan