MENU

 

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto/Video oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 24 Januari 2025 – Satu sesi perjumpaan di antara ADUN Tanah Rata, YB Tuan Ho Chi Yang dan Majlis Daerah Cameron Highlands bersama pengusaha-pengusaha perniagaan Persiaran Camelia telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH pada hari ini.

Sesi perjumpaan yang bermula pada pukul 9.00 pagi tersebut telah dipengerusikan oleh Ahli Majlis MDCH, Encik Azizi bin Ahmad. Turut hadir sepanjang sesi tersebut ialah Ahli Majlis MDCH, Encik Wan Shohaimi bin Wan Ismail, Ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH, wakil-wakil jabatan/bahagian/unit MDCH dan pengusaha-pengusaha perniagaan Persiaran Camelia.

Perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan serta mendapatkan persetujuan bersama berkaitan arahan perobohan struktur tambahan sementara di Lorong Camelia 3 bagi pelaksanaan kerja-kerja pengindahan di kawasan tersebut.

Semoga perbincangan dan persetujuan yang telah dicapai dalam perjumpaan ini dapat memberi wajah baru kepada kawasan Persiaran Camelia seterusnya membuahkan hasil yang positif kepada semua pihak.

1

1

1

1

1

Kemaskini Terakhir: Isnin, 27 Januari 2025 - 4:06pm