CAMERON HIGHLANDS, 05 Mac 2025 – Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Penolong Pustakawan Daerah Cameron Highlands, Encik Abdul Hakim bin Abdul Rashid ke Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) pada hari ini.
Kunjungan hormat pada pukul 10.00 pagi tersebut bertujuan untuk membincangkan mengenai inisiatif pemerkasaan budaya membaca serta potensi kolaborasi dalam program literasi masyarakat setempat.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah proaktif buat kedua-dua belah pihak dalam membuka peluang baharu bagi pembangunan ilmu pengetahuan serta kemudahan pembelajaran di Cameron Highlands.
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
#KepuasanPelangganKebanggaanKami
#PrestasiDipertingkatKemakmuranDipertahan