MENU

 

TAWARAN UNTUK MENYEWA PREMIS PERNIAGAAN MILIK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Majlis Daerah Cameron Highlands mempelawa individu yang berminat dan menepati syarat-syarat berikut untuk mengemukakan permohonan sewaan premis atau gerai milik Majlis Daerah Cameron Highlands :

Syarat Permohonan:

1. Pemohon mestilah:

• Warganegara Malaysia;

• Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Pahang atau individu yang telah bermastautin di Cameron Highlands tidak kurang daripada 5 tahun;

• Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• Bukan kakitangan awam;

• Keutamaan kepada mereka yang telah berkahwin dan ibu tunggal;

• Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan dengan MDCH;

• Tidak mempunyai lebih daripada satu lesen perniagaan dengan MDCH.

2. Permohonan terbuka kepada semua jenis perniagaan yang bersesuaian, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Ahli Jawatankuasa Temuduga Gerai / Premis.

3. Bagi yang telah mempunyai perniagaan, hendaklah memiliki sijil pendaftaran perniagaan yang sah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4. Borang permohonan yang lengkap berserta semua dokumen sokongan (termasuk senarai semak) hendaklah dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH.

5. Borang permohonan boleh diperoleh dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH mulai 13 Mei 2025 dan perlu dihantar semula selewat-lewatnya pada 30 Mei 2025 jam 4.30 petang. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan diproses.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH.

Muat turun borang :

https://drive.google.com/.../11NroZ6...

 

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1