MENU
LAWATAN TURUN PADANG BAGI ISU ADUAN DAN PENAMBAHBAIKAN SERTA PENGINDAHAN DI SEKITAR KAWASAN BRINCHANG
 
Sumber: Majlis Daerah Cameron Highlands
 
Foto oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 15 Oktober 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bersama Ahli-ahli Majlis telah mengadakan satu lawatan turun padang di sekitar Bandar Brinchang, Cameron Highlands bermula pada pukul 9.00 pagi hari ini.
 
Lawatan ini telah melibatkan beberapa orang Ahli Majlis MDCH termasuk Encik Azizi bin Ahmad, Encik Rosli bin Alias dan Tuan Haji Sabri bin Saad yang bertujuan meninjau beberapa lokasi tumpuan awam bagi menyemak aduan, mengenal pasti keperluan penambahbaikan serta memastikan tahap kebersihan, penyelenggaraan dan kemudahan awam di kawasan berkenaan berada dalam keadaan baik dan teratur.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah wakil-wakil daripada jabatan, bahagian dan unit dalaman MDCH yang turut memberi pandangan serta cadangan ke arah penambahbaikan kawasan sekitar demi kepentingan penduduk dan pelancong yang berkunjung ke Brinchang.
 
Inisiatif turun padang ini merupakan salah satu usaha berterusan MDCH dalam memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada komuniti setempat di samping memperkukuh kerjasama antara pihak pentadbiran, Ahli Majlis dan jabatan teknikal yang terlibat.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands komited untuk terus melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa agar setiap isu berbangkit dapat ditangani dengan segera sekaligus meningkatkan keselesaan, keselamatan dan keindahan kawasan perbandaran di Cameron Highlands.
 
Semoga usaha ini menjadi langkah positif dalam menjadikan Cameron Highlands sebuah daerah yang bersih, indah dan sejahtera untuk didiami serta dilawati.

ltp

ltp

ltp

ltp

ltp

ltp

ltp

ltp

ltp

ltp

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 Oktober 2025 - 10:17am