MENU

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS, MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BAGI SESI 2025–2026

Sumber: Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 27 Mei 2025 – Satu majlis angkat sumpah bagi Ahli Majlis, Majlis Daerah Cameron Highlands bagi sesi 2025–2026 telah berlangsung dengan penuh tertib di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH pada pagi tadi.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Mujid, Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa, barisan Ahli Majlis MDCH, ketua-ketua jabatan daerah Cameron Highlands, serta ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH. Turut hadir bersama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, YB Ho Chi Yang.

Seramai sembilan (9) orang Ahli Majlis telah dilantik bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa daripada Mei 2025 hingga Mei 2026, iaitu:

1. Encik Balasubramaniam a/l Chellappan

2. Cik Thang Ying Ping

3. Puan Sabrina binti Md Yusoff

4. Encik Thevin Kaljannan a/l Palaniwail

5. Encik Muhammad Razelan bin Rozali

6. Tuan Haji Sabri bin Saad,PPN.,PJK

7. Encik Rosli bin Alias

8. Encik Ab Jalil bin Md Nor,PKT

9. Encik Umarrddin bin Mustapha

Pelantikan Ahli Majlis merupakan satu komponen penting dalam struktur pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berfungsi sebagai wakil kepada masyarakat setempat. Mereka bukan sahaja berperanan menyuarakan kepentingan dan keperluan penduduk, tetapi juga menjadi penghubung antara pihak berkuasa dan komuniti dalam menyampaikan dasar serta menyelesaikan isu-isu yang timbul secara bersama.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik. Diharapkan pelantikan ini akan terus menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan Cameron Highlands.

ahli_majlis_1.jpg

ahli_majlis_2.jpg

ahli_majlis_3.jpg

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#PrestasiDipertingkatKemakmuranDipertahan

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 Oktober 2025 - 10:17am