MENU
PERBINCANGAN DAN LAWATAN TURUN PADANG KE JAMBATAN GANTUNG KAMPUNG TAMAN SEDIA, CAMERON HIGHLANDS
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 4 Oktober 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengadakan satu sesi perbincangan serta lawatan turun padang bertempat di Jambatan Gantung Kampung Taman Sedia pada pukul 4.00 petang.
 
Lawatan ini diadakan bagi meninjau keadaan semasa jambatan gantung tersebut serta mengenalpasti keperluan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan demi keselamatan serta kemudahan penduduk setempat dan pelancong yang menggunakan laluan berkenaan.
 
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut merupakan Ahli Majlis MDCH, Encik Azizi bin Ahmad dan Encik Aidil Adli bin Jalaludin. Hadir sama wakil daripada Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam MDCH iaitu Penolong Jurutera, Encik Mohd Hafiz bin Mohd Zulkifli serta Penolong Juruukur Bahan, Encik Mohd Hafizan bin Ahamad.
 
Sesi lawatan ini turut melibatkan tinjauan terhadap keadaan struktur jambatan, kemudahan sokongan di sekitarnya serta aspek keselamatan awam yang perlu diberi perhatian segera. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memastikan jambatan gantung Kampung Taman Sedia kekal selamat, kukuh dan berfungsi dengan baik sebagai laluan utama komuniti tempatan serta tarikan pelancongan di kawasan tersebut.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands komited untuk terus memantau serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur awam secara berterusan demi kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan masyarakat setempat.
 

pdlkj

pdlkj

pdlkj

pdlkj

pdlkj

pdlkj

Kemaskini Terakhir: Rabu, 5 November 2025 - 11:11am