MENU
 
RONDAAN DAN TAKLIMAT KESELAMATAN SERTA PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH) DAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) DI PERUMAHAN PUNCAK ARABELLA.
 
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 14 November 2025 - Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) melalui Pengerusi Jawatankuasa Bandar Selamat dan Kejiranan Hijau MDCH, Encik Wan Shohaimi bin Wan Ismail telah sama-sama menyertai sesi taklimat dan rondaan keselamatan serta pencegahan jenayah di sini hari ini.
 
Turut serta menyertai program tersebut ialah anggota-anggota dari Unit Penguatkuasa MDCH.
 
MDCH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jemputan daripada Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Puncak Arabella, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPIN) Daerah Cameron Highlands dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berhubung penyertaan di dalam program tersebut.
 
Semoga kolaborasi dan kerjasama erat di bawah program tersebut dapat membantu usaha pencegahan jenayah, membanteras gejala sosial dan penagihan dadah serta menjamin keselamatan komuniti awam dan pelancong di Cameron Highlands.
 

rntk

rntk

rntk

rntk

rntk

Kemaskini Terakhir: Isnin, 24 November 2025 - 8:18am