MENU
 
MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BILANGAN 3 TAHUN 2026
 
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Pusat Setempat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 4 Februari 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) Bilangan 3 Tahun 2026 telah diadakan secara hybrid di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid serta dihadiri oleh Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa, Ahli Majlis MDCH, agensi teknikal luaran serta wakil-wakil jabatan teknikal dalaman yang berkaitan.
Sebanyak lima (5) kertas mesyuarat dan 42 perkara berbangkit telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
 
Mesyuarat ini berfungsi sebagai platform untuk menyelaras pandangan dan ulasan daripada agensi teknikal berkaitan bagi memastikan cadangan pembangunan dilaksanakan secara terancang dan mampan.
 

mjosc3

mjosc3

mjosc3

mjosc3

mjosc3

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 6 Februari 2026 - 8:58am