Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Salam Pahang 1st dan Salam Maju Terus Pahang.
Pelanggan yang dihormati,
Ibu Pejabat PLAN Malaysia dan PLAN Malaysia Pahang dengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) sedang menjalankan Kajian Rancangan Kawasan Khas Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) Hutan Simpan Ulu Jelai - Hutan Simpan Bukit Bujang - Hutan Simpan Ulu Lemoi.
Sehubungan dengan itu, satu sesi publisiti awal telahpun dimulakan dari 12 Jun 2026 hingga 12 Julai 2026 melibatkan agensi kerajaan dan orang awam bagi mendapatkan maklum balas terhadap kajian tersebut.
Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan dipelawa dan sangat digalakkan untuk menyertai sesi publisiti awal tersebut dengan mengisi serta melengkapkan maklum balas menerusi pautan berikut :
1. Agensi Kerajaan https://forms.gle/74nj4BgRVzXjFafM6
2. Orang Awam https://forms.gle/16f1iuHkScgkqhbL8
Manakala dokumen kajian pula boleh diakses melalui pautan :
https://heyzine.com/flip-book/49244fb0be.html
atau melalui Kod QR yang disediakan seperti yang tertera.
Segala jasa baik dan kerjasama semua pihak di dalam memberikan maklum balas dan menjayakan kajian tersebut amatlah dihargai.
Terima kasih.
#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#PrestasiDipertingkatKemakmuranDipertahan
#RasuahItuJenayah
#SustainableDevelopmentGoals
#PerancanganMelangkauiKelaziman
#BandarMampan2025
#BandarPalingBahagiaMalaysia2025
#HutanLestariRakyatSejahtera
#RKKCFSCPL2








