JABATAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN PERBANDARAN
-
Memproses permohonan lesen premis perniagaan berisiko yang lengkap dalam tempoh 30 hari waktu bekerja
-
Memproses permohonan lesen premis perniagaan berisiko yang lengkap diterima dalam tempoh 1 hari waktu bekerja
-
Memproses permohonan lesen iklan dalam tempoh 1 jam bekerja (Banner dan Bunting)
-
Memastikan setiap permohonan sewa peralatan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja
JABATAN PERBENDAHARAAN
-
Bayaran kepada pembekal dilaksanakan dalam tempoh 7 hari daripada dokumen lengkap diterima dengan syarat sekiranya aliran tunai mencukupi
-
Bil cukai taksiran berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Januari / Julai setiap tahun
-
Notis E berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Januari / Julai setiap tahun.
-
Notis E berkomputer selesai dicetak sebelum atau pada 7 Mac dan 7 September pada setiap tahun.
-
Memastikan proses sitaan dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas waran
JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
-
Memastikan setiap tuntutan SUMBANGAN Membantu Kadar Negeri dilakukan sebelu 30 April setiap tahun dan memastikan setiap tuntutan Sumbangan Membantu Kadar Persekutuan dilakukan sebelum tamat tempoh iaitu pada 31 Januari setiap tahun
-
Mengeluarkan surat keputusan bantahan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan mesyuarat disahkan
-
Memastikan setiap Permohonan Sewa Bangunan lengkap diproses dalam tempoh 30 hari sehingga tarikh temuduga diadakan
JABATAN KAWALAN BANGUNAN
-
Menguruskan dan menyelaras perlaksanaan projek-projek MDCH dengan memastikan segala aspek dan kehendak MDCH dipatuhi pemborong yang dilantik supaya siap pada tempoh yang ditetapkan sehingga mencapai 60% daripada keseluruhan pencapaian prestasi projek
-
Memastikan kelulusan Pelan Bangunan, Kerja Tanah, Jalan dan parit serta Permit diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat Unit Pusat Setempat (OSC)
-
Memastikan setiap aduan dapat diberikan maklumbalas melalui siasatan dalam tempoh 5 hari bekerja