MENU

Hasil dan perbelanjaan MDCH telah bertambah akibat daripada limpahan pembangunan yang begitu pesat terutama dari segi pelancongan. Terdapat banyak bangunan, kedai dan pangsapuri telah didirikan. Kebanyakan projek pembangunan ini telah dibangunkan di kawasan pekan-pekan kecil seperti Kea Farm, Kuala Terla, Tringkap, Kampung Raja dan Habu. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana ianya tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan Tanah Rata, Brinchang dan Ringlet semata-mata yang telahpun sedia membangun.

Selain daripada pembangunan yang dinyatakan Daerah Cameron Highlands juga telah dihubungkan dengan jalanraya baru iaitu Ipoh ke Cameron Highlands yang mana telah memendekkan masa perjalanan dan memudahkan kedatangan para pelancong dari Utara Semenanjung ke Cameron Highlands. Selain itu, terdapat satu lagi jalan baru iaitu dari Gua Musang ke Cameron Highlands yang memudahkan kedatangan para pelancong dari Pantai Timur Semenanjung. Pembukaan jalanraya baru tersebut telah banyak membantu membangunkan kawasan Sempadan Pahang, Perak dan Kelantan.

Bagi menghubungkan Daerah Lipis, pembinaan sebuah jalanraya yang kini sedang dijalankan dan dijangka siap menjelang 2010. Pembinaan jalanraya ini membolehkan Daerah Cameron Highlands dihubungkan dengan daerah-daerah lain di negeri Pahang tanpa melalui negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor dan Kelantan.

Pentadbiran MDCH sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan.  Sejajar dengan itu, MDCH akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai.

MDCH melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) dan melaluinya MDCH boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan.  Antara fungsi MDCH ialah :-

  1. Mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan;

  2. Merancang, melaksana serta mengawal selia pembangunan selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands dan Dasar-Dasar Kerajaan yang lain;

  3. Menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan-jabatan lain serta; pihak swasta untuk pembangunan pelbagai program seperti kemasyarakatan dan alam sekitar;

  4. Mengawalselia aktiviti pelupusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) dan pembersihan bandar serta kawasan operasi;

  5. Mengawalselia dan menguatkuasakan perkhidmatan kawalan makanan, premis jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands;

  6. Memantau dan menyelaras aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;

  7. Mempertingkatkan keindahan dan kebersihan kawasan MDCH disamping memelihara dan memulihara landskap semulajadi yang sedia ada;

  8. Mewujudkan kemudahan-kemudahan yang berkualiti dan perkhidmatan-perkhidmatan asas dan awam bagi keselesaan penduduk setempat dan pelancong; dan

  9. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan, dan dasar yang berkaitan.

Pelanggan MDCH terdiri daripada dua (2) kategori iaitu:-

  1. Pelanggan Dalaman

    • Warga kerja MDCH dan pihak-pihak Atasan yang berkepentingan secara langsung ke atas MDCH

     

  2. Pelanggan Luaran

    • Pembayar cukai, pelesen, orang awam, pemaju, perunding, agensi kerajaan dan swasta.

     

PEJABAT UTAMA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

img_20170721_135635.jpg    https://www.google.com/maps/place/Cameron+Highlands+District+Council/@4.4631378,101.3771607,15z/data=!4m8!1m2!2m1!1smajlis+daerah+cameron+highlands!3m4!1s0x31ca578bed1744af:0xda28c25155254c11!8m2!3d4.4694042!4d101.3769017

 

PEJABAT CAWANGAN TERMINAL FREESIA (UNIT PENGUATKUASA)

1a563f5a-725f-4641-bd62-ebeb3527303d.jpg

https://www.google.com/maps/place/Bas+Terminal+Tanah+Rata/@4.4716335,101.3752678,17z/data=!4m8!1m2!2m1!1sterimal+freesia+cameron+highlands!3m4!1s0x31ca5787ad834609:0x819278e4a238b7d9!8m2!3d4.470769!4d101.379319

 

PEJABAT CAWANGAN BANGUNAN PELANCONGAN TANAH RATA (UNIT TEMPAT LETAK KERETA)

1

https://www.google.com/maps/place/Cameron+Highlands/@4.4703148,101.3748142,19z/data=!4m8!3m7!1s0x31ca5788633463e5:0x5b97c6247049cce8!5m2!4m1!1i2!8m2!3d4.4706894!4d101.3752357

 

PEJABAT BARU MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

66

 

PEJABAT BARU MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

6

 

 

 

PEJABAT CAWANGAN BANGUNAN PELANCONGAN TANAH RATA (UNIT TEMPAT LETAK KERETA)

3

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 April 2024 - 9:46am