Aduan Kejadian Limpahan Air Longkang di Kawasan Ringlet
Untuk makluman, kejadian limpahan air longkang telah berlaku akibat daripada hujan lebat dan sampah sarap yang tersumbat di dalam saluran longkang telah berlaku pada 3 Jun 2024 menyebabkan air melimpah dari dalam longkang ke jalan raya.
Lokasi
Taman Ringlet
(Berhampiran Kedai Makanan Leong Choon)
Punca
Saluran longkang tersumbat oleh sampah sarap dan hujan lebat
Tindakan yang telah di ambil oleh pihak MDCH
Pembersihan Selepas Hujan Lebat
1. Membersihkan sampah sarap/batu di jalan raya
Pembaikan Jangka Masa Pendek
1. Membersihkan laluan air longkang dan sisa lumpur
2. Meletakkan guni pasir (sand bag) sebagai pelindung dan penahan air lumpur.
Kerja-kerja pembersihan kekal dijangkakan bermula pada 4 Jun 2024 (Selasa) dan siap pada jam 6 pm hari ini bergantung kepada keadaan cuaca.