MENU

 

Aduan Kejadian Tanah Runtuh dan Hakisan Tanah di Rose Center, Kea Farm

Untuk makluman, kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah telah berlaku akibat daripada hujan lebat dan sampah sarap yang tersumbat di dalam saluran longkang telah berlaku pada  23 Mei 2024 dan 3 Jun 2024 menyebabkan air melimpah ke jalan raya dan tanah runtuh.

Lokasi

Jalan Utama Kea Farm (berhadapan Rose Center)

Punca

Saluran longkang tersumbat oleh sampah sarap, hujan lebat dan air larian permukaan (lot2 tanah di atas bukit berhampiran)

Tindakan yang telah di ambil oleh pihak MDCH

Pembersihan Selepas Hujan Lebat

1. Membersihkan sampah sarap/batu di jalan raya

2. Meletakkan papan tanda dan kawalan lalulintas di kawasan yang strategik

3. Meletakkan tali keselamatan di kawasan yang strategik.

Pembaikan Jangka Masa Pendek

1. Membersihkan laluan air longkang dan sisa lumpur

2. Memasang plastic sheeting cover dan guni pasir sebagai pelindung dan penahan.

1

1

1

Kerja-kerja pembersihan kekal bermula pada 24 Mei 2024 (Jumaat) dan siap pada hari/tarikh yang sama oleh SMR Selenggara.

Manakala kejadian tanah runtuh/hakisan tanah yang telah berlaku pada 3 Jun 2024 dijangkakan bermula kerja pembersihan dan penyelenggaraan oleh SMR Selenggara pada 4 Jun 2024 selepas waktu tengahari dengan syarat mendapat kelulusan Arahan Kerja daripada MDCH dan keadaan cuaca adalah baik.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 Julai 2024 - 2:27pm