MENU
BENGKEL BERKAITAN GERAK KERJA DAN PERANCANGAN MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BAGI TAHUN 2026
 
GENTING HIGHLANDS, 13 November 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah melaksanakan Bengkel berkaitan Gerak Kerja dan Perancangan MDCH bagi Tahun 2026 bertempat di Bilik Seminar Serindit, Resorts World Awana Genting Highlands pada hari ini.
 
Bengkel ini diketuai oleh Setiausaha MDCH, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa dan disertai oleh barisan Ketua Jabatan/Bahagian/Unit serta wakil daripada setiap jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.
 
Menurut Setiausaha MDCH, penganjuran program ini penting sebagai platform refleksi prestasi organisasi sepanjang tempoh Pelan Strategik 2021–2025 di samping menilai kekuatan dan cabaran yang dihadapi bagi memastikan perancangan tahun 2026 dilaksanakan dengan lebih berkesan.
 
Beliau turut menekankan kepentingan penyelarasan strategi baharu ini agar setiap jabatan/bahagian/unit mempunyai matlamat yang jelas, tindakan yang tersusun dan penunjuk prestasi (KPI) yang dapat diukur bagi mencapai objektif strategik MDCH.
 
Antara pengisian program termasuk sesi pembentangan pelan tindakan jabatan, perbincangan kumpulan, penetapan sasaran prestasi tahunan dan sesi perkongsian idea untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Cameron Highlands.
 
Program seperti ini juga dilihat sebagai wadah memperkukuh semangat kerjasama antara pengurusan tertinggi dan warga kerja MDCH dalam membentuk budaya kerja berprestasi tinggi serta memupuk nilai integriti dan profesionalisme dalam perkhidmatan awam.
 
Dengan pelaksanaan program ini, MDCH komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus dan memastikan setiap perancangan yang digariskan bagi tahun 2026 dan seterusnya dapat dilaksanakan secara lebih strategik, mampan dan berimpak tinggi kepada masyarakat serta pembangunan daerah Cameron Highlands.
 

bgk

bgk

bgk

bgk

bgk

bgk

bgk

bgk

bgk

bgk

Kemaskini Terakhir: Isnin, 24 November 2025 - 8:18am