MENU
BENGKEL SEMAKAN SEMULA PELAN STRATEGIK MDCH 2021–2025 DAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK MDCH 2026–2030
 
Sumber berita: Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
GENTING HIGHLANDS, 12 November 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) meneruskan hari kedua Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik MDCH 2021–2025 dan Pembangunan Pelan Strategik MDCH 2026–2030 bertempat di Bilik Seminar Serindit, Resorts World Awana Genting Highlands pada hari ini.
 
Bengkel pada hari kedua ini dimulakan dengan sesi pembentangan semakan pelan strategik oleh setiap jabatan, bahagian dan unit dalaman MDCH. 
 
Pembentangan menumpukan kepada pembangunan strategi baharu bagi tempoh 2026–2030 selaras dengan visi MDCH iaitu “Menjadikan Cameron Highlands sebagai sebuah bandar mampan menjelang 2030.”
 
Pelan Strategik MDCH berfungsi sebagai panduan utama dalam merancang hala tuju organisasi, memperkukuh tadbir urus, mempertingkat mutu perkhidmatan serta memastikan pembangunan mampan daerah Cameron Highlands dapat dicapai dengan lebih berkesan.
 
Sesi ini juga menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH dalam membentuk strategi yang inklusif dan bersepadu, seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri Pahang melalui inisiatif #Pahang1st ke arah kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
 
Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid yang dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua jabatan/bahagian/unit atas komitmen tinggi dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung. Beliau turut menegaskan bahawa pelan strategik yang dibangunkan bukan sekadar dokumen tetapi satu panduan tindakan nyata dalam merealisasikan matlamat pembangunan mampan, inovatif dan berintegriti di Cameron Highlands.
 

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

bsspsm2

Kemaskini Terakhir: Khamis, 13 November 2025 - 8:59am