GABUNGAN PERBINCANGAN KUMPULAN SASAR (FGD) BAGI PENYEDIAAN LAPORAN HALA TUJU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN - SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs) ROADMAP AND VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR) UNTUK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH)
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat & Jabatan Perancangan MDCH
KUALA LUMPUR - Satu bengkel dan perbincangan kumpulan sasar (Focus Group Discussion - FGD) mengenai laporan kemajuan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDGs) : Roadmap and Voluntary Local Review Peringkat Ke-3 telah diadakan di Hotel Dorsett Hartamas pada 5 dan 6 November 2024.
Tujuan FGD tersebut diadakan adalah untuk berbincang mengenai hala tuju serta perancangan program, aktiviti, projek dan inisiatif-inisiatif SDGs Daerah Cameron Highlands dan MDCH sehingga ke tahun 2030.
Bengkel dan FGD tersebut telah disertai oleh ahli-ahli majlis dan wakil jabatan, bahagian dan unit MDCH dan telah dikendalikan oleh pihak URBANICE Malaysia.
Diharapkan semoga segala perancangan hala tuju SDGs untuk Daerah Cameron Highlands dan MDCH dapat direalisasikan serta mendapat kerjasama semua pihak demi pencapaian kemampanan pembangunan secara keseluruhan.
Ianya juga secara tidak langsung membawa daerah ini ke arah penarafan dan pengiktirafan SDGs sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
#PerancanganMelangkauiKelaziman
#100TahunPerancangBandarMalaysia