MENU
KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2025
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
 
Foto oleh : Kelab Badan Kebajikan dan Sukan Pekerja-pekerja (BAKA) MDCH
 
TANAH RATA, 12 Oktober 2025 – Suasana di Gelanggang Bola Tampar Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata pagi ini cukup meriah dengan penganjuran Kejohanan Bola Tampar Tertutup Daerah Cameron Highlands 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Cameron Highlands (MBDCH).
 
Kejohanan yang bermula seawal pukul 8.00 pagi ini berjaya menghimpunkan sebanyak 10 pasukan yang terdiri daripada pelbagai agensi dan pertubuhan di sekitar daerah Cameron Highlands.
 
Antara pasukan yang turut serta termasuk Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) yang diwakili oleh Kelab Badan Kebajikan dan Sukan Pekerja-Pekerja Majlis Daerah Cameron Highlands (BAKA). Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam malah memperkukuh hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, badan belia dan masyarakat setempat.
 
Menurut wakil Majlis Belia Daerah Cameron Highlands, kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan gaya hidup sihat serta mempererat hubungan komuniti belia dan agensi kerajaan melalui aktiviti riadah yang sihat dan berfaedah.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands melalui pasukan BAKA turut menyatakan komitmen untuk terus menyokong penganjuran aktiviti berbentuk kesukanan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sejajar dengan usaha membina masyarakat cergas, sihat dan bersatu padu di Cameron Highlands.
 
Kejohanan ini berakhir pada sebelah petang dengan acara penyampaian hadiah kepada pasukan terbaik, pemain terbaik dan pasukan paling berdisiplin sebagai tanda penghargaan atas semangat juang serta kerjasama semua pihak yang terlibat.

kbt

kbt

kbt

kbt

kbt
 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 14 Oktober 2025 - 12:48pm