Anda Pernah Berada Disini? Sukakan Taman – Taman Poket Majlis Daerah Cameron Highlands? Kongsikan Pengalaman Bergambar Anda Dan Keluarga Bersama Kami.
KERJA MENAIKTARAF TAMAN POKET 8, MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Landskap, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 6 Januari 2026 - Kerja-kerja menaiktaraf Taman Poket 8 MDCH telah dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Majlis Daerah Cameron Highlands. Usaha ini bertujuan menambah tarikan landskap tempatan, mewujudkan suasana yang lebih segar, ceria dan indah untuk dinikmati oleh penduduk setempat serta para pengunjung yang datang ke Cameron Highlands.
Bunga-bunga pelbagai warna dan jenis sedang ditanam bagi menceriakan ruang hijau ini serta boleh menjadikannya lokasi santai yang sesuai untuk berehat, bergambar atau bersiar-siar bersama keluarga.
Majlis Daerah Cameron Highlands menyeru agar kita semua untuk bersama-sama menjaga keindahan taman ini dengan tidak membuang sampah di merata-rata, tidak memetik atau memijak bunga serta menghormati kemudahan awam yang disediakan di sekitar taman poket ini.
Setiap usaha kecil anda dalam menjaga kebersihan dan keindahan taman memberi impak yang besar kepada keselesaan bersama. Mari kita jadikan Taman Poket 8 MDCH sebagai contoh kawasan rekreasi yang bersih, indah dan terpelihara!












