MENU

screen_shot_2018-10-15_at_8.12.18_am.png

CAMERON HIGHLANDS: Sekumpulan pendaki terdiri tiga lelaki dan lima wanita dipercayai terperangkap di Gunung Irau, petang tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan kekuatan 13 anggota selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.45 petang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan pendaki terbabit terperangkap dan menghadapi masalah untuk mencari jalan turun.

Menurutnya operasi sedang giat dijalankan untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang terlibat.

"Pasukan bomba mula mendaki jam 5.56 petang dan sampai ke puncak jam 9.17 malam," katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2024 - 12:48pm