MENU
LAWATAN SERTA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN LONGKANG DI KG TAMAN SEDIA
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH
 
CAMERON HIGHLANDS, 3 Disember 2025 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan Kg Taman Sedia khususnya di hadapan Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Operasi ini melibatkan seramai 12 orang pegawai serta kakitangan MDCH dan 10 orang petugas Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB).
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut merupakan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar bin Nordin, Yang Dipertua MDCH, Tuan Rudyfasla bin Mujid, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Taman Sedia, Encik Mohd Yusoff bin P Abdul Satar dan Pengurus Alam Flora Sdn. Bhd yang telah memantau keadaan longkang bermasalah di Kg Taman Sedia. Tindakan awal telah diambil oleh MDCH dibantu AFSB bagi membersihkan longkang terlibat untuk memastikan aliran air kembali lancar.
 
Hasil pemeriksaan juga mendapati beberapa isu utama telah berlaku di sepanjang laluan longkang terlibat di mana terdapat struktur tambahan yang dibina oleh pemilik premis sekali gus menghalang akses pembersihan dan mengganggu rutin penyelenggaraan.
 
Kerja pembersihan ini merupakan usaha berterusan MDCH dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan keberkesanan sistem saliran di Kg Taman Sedia demi kesejahteraan penduduk setempat. MDCH turut menasihatkan premis yang membuat tambahan struktur di atas longkang yang mengganggu aliran air membuka sendiri binaan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil oleh MDCH.
 

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

lskklts

Kemaskini Terakhir: Rabu, 10 Disember 2025 - 8:53am