MENU

22 FEBRUARI 2024

Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah ( AIGA) bagi tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Binti Awang, Presiden dan CEO, Institut Integriti Malaysia Di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azmil Hadid Bin Maznan dan Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands,  Encik Mazlan Bin Mohamed Isa telah menerima anugerah di dalam majlis tersebut.

Ini adalah anugerah kali ke-2 berturut-turut di mana Majlis Daerah Cameron Highlands menerima Anugerah Perak sejak memasuki pertandingan ini.

Semoga anugerah ini dapat memberi semangat kepada warga kerja MDCH dan Ahli Majlis untuk membudayakan integriti yang tinggi dan menjadikan amalan utama dalam menjalankan amanah yang diberikan.

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether

#Aiga

MAJLIS ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH (AIGA)

MAJLIS ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH (AIGA)

MAJLIS ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH (AIGA)

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 April 2024 - 9:46am