MENU

 

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS BAGI TAHUN 2023

CAMERON HIGHLANDS , 22 APRIL 2024 - Satu majlis penganugerahan bagi warga kerja Majlis Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dengan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azmil Hadid bin Maznan.

Sebanyak 3 kategori anugerah telah disampaikan oleh Yang Dipertua MDCH dengan diiringi oleh Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa.,AAP.,AMP pada malam anugerah tersebut.

Seramai 11 orang penerima bagi kategori Anugerah Pekerja Cemerlang, 11 orang penerima bagi kategori Anugerah Khas Yang Dipertua dan 7 orang penerima bagi kategori Anugerah Warga Sihat telah mendapat penganugerahan pada malam yang gemilang tersebut.

Dalam ucapan perasmian beliau, Yang Dipertua MDCH menyatakan bahawa Anugerah APC, Anugerah Khas YDP dan Anugerah Warga Sihat ini merupakan manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja MDCH yang menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang tahun 2023 supaya terus berkhidmat dengan cemerlang.

Anugerah ini juga diharap dapat menyuntik semangat warga kerja yang lain supaya berlumba-lumba membudayakan amalan kerja cemerlang sepanjang masa seiring dengan kehendak rakyat.

Majlis Daerah Cameron Highlands mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah bagi tahun 2023.

1

1

1

1

#APC

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

Kemaskini Terakhir: Khamis, 9 Mei 2024 - 12:43pm