MENU
MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG BERSAMA YAB MENTERI BESAR PAHANG
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Khidmat Pengurusan, MDCH
 
27 JANUARI 2026 - Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang bersama-sama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Kompleks Bandaraya Kuantan.
 
Majlis perhimpunan ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan amanat, hala tuju serta penekanan terhadap kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Pahang di samping memperkukuhkan semangat kebersamaan dan integriti dalam kalangan penjawat awam.
 
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) turut sama menyertai perhimpunan ini secara atas talian yang diadakan di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, MDCH. Penyertaan ini melibatkan barisan pengurusan serta warga kerja MDCH yang mengikuti sesi perhimpunan secara langsung menerusi siaran dalam talian.
 
Dalam amanat beliau, YAB Menteri Besar Pahang menekankan kepentingan penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti serta berfokus kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan Negeri Pahang secara berterusan.
 
Penyertaan MDCH dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mendukung aspirasi Kerajaan Negeri Pahang serta memperkukuhkan nilai profesionalisme dan budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam.
 
Majlis perhimpunan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan penjawat awam Negeri Pahang khususnya warga Majlis Daerah Cameron Highlands.
 

mppa

mppa

mppa

mppa

mppa

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 31 Januari 2026 - 1:45pm