MENU

 

MAJLIS PERPISAHAN TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)

Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

Cameron Highlands, 18 November 2024 – Satu majlis sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa serta sumbang bakti mantan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azmil Hadid bin Maznan telah diadakan bertempat di Avillion, Tanah Rata sekitar pukul 11.30 tengah hari, hari ini.

Majlis yang berlangsung sekitar satu (1) jam setengah tersebut turut dihadiri oleh Tuan Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa, Ahli-ahli Majlis MDCH, ketua-ketua jabatan/agensi daerah Cameron Highlands dan ketua-ketua jabatan serta kakitangan MDCH.

Tuan Azmil Hadid bin Maznan yang telah berkhidmat di MDCH bermula 15 November 2021 sehingga 14 November 2024 dalam ucapan beliau berkata, beliau amat bersyukur kerana mendapat peluang berkhidmat di MDCH selama tiga (3) tahun yang tentunya suasana di tempat lain tidak akan sama seperti di Cameron Highlands. Beliau juga berharap agar semua pegawai dan kakitangan MDCH dapat mengingati akan pesanan serta ilmu yang telah dikongsi bersama semasa perkhidmatan beliau di MDCH.

Sudah adat bertemu, tentu ada perpisahannya. Sudah adat berjumpa, tentu ada nokhtah perhentiannya. Realitinya, setiap yang datang pasti akan pergi, yang masak ranum pasti akan gugur.

MDCH mendoakan semoga Tuan Azmil Hadid bin Maznan akan lebih berjaya di tempat baru nanti. Ikatan silaturrahim ini tentunya akan terus terpatri dan kekal abadi.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan daripada seluruh warga kerja MDCH.

yd

ydp

ydp

su

ydp

yd

yd

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 Disember 2024 - 8:27am