MENU

Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN, 2 Disember 2025 – YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah SPRM Negeri Pahang selaku wakil rasmi Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang serta YB Pegawai Kewangan Negeri.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian sijil kepada wakil-wakil jabatan dan agensi. Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid turut hadir dan menerima sijil bagi pihak Majlis Daerah Cameron Highlands sebagai simbol komitmen terhadap penerapan budaya integriti dalam pentadbiran kerajaan tempatan.

Sambutan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh budaya integriti serta memastikan pentadbiran kerajaan dijalankan berlandaskan prinsip kejujuran, akauntabiliti dan ketelusan.

 

mshi

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 10 Disember 2025 - 8:53am