MENU

 

OPERASI KUTIPAN TUNGGAKAN DAN PEMANTAUAN PREMIS / GERAI / TAPAK MILIK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 27 Jun 2024 - Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (Bahagian Sewaan) Majlis Daerah Cameron Highlands telah menjalankan satu operasi kutipan tunggakan dan pemantauan premis / gerai / tapak Milik MDCH di sekitar kawasan Kampung Raja, Tringkap, Kuala Terla, Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet.

Tujuan operasi ini diadakan ialah bagi mengutip tunggakan sewaan premis MDCH dan melakukan pemantauan pematuhan syarat-syarat penyewaan premis MDCH. Di samping itu, program ini juga merupakan salah satu usaha dan inisiatif MDCH bagi memudahkan dan menggalakkan penyewa-penyewa premis melakukan pembayaran sewaan.

MDCH juga telah menyediakan inisiatif pembayaraan sewaan secara dalam talian menerusi Maybank2u, Jompay dan Aplikasi Pahang Go.

Turut hadir bersama dalam operasi tersebut merupakan Ahli Majlis MDCH, Encik Aidil Adli bin Jalaluddin bersama ketua – ketua jabatan dalaman MDCH dengan diiringi oleh Unit Penguatkuasa MDCH.

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH menyarankan agar semua penyewa premis / gerai / tapak MDCH untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat sewaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dilakukan.

1

11

1

1

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 Julai 2024 - 2:27pm