MENU

 

PEMASANGAN LAMPU SOLAR LED OLEH JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMUDAHAN AWAM

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Jabatan Kejuruteraan Dan Kemudahan Awam MDCH

1

1

1

CAMERON HIGHLANDS, 23 Jun 2024 - Kerja- kerja pemasangan tiang lampu jalan jenis solar LED telah selesai dilaksanakan di Taman Selamat Datang, Jalan Heritage, Jalan Zinnia, Taman Poket dan Taman Pertabalan, Tanah Rata serta di sekitar kawasan Kampung Raja.

Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dijalankan oleh kontraktor Ady Othman Enterprise dengan pemantauan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, Majlis Daerah Cameron Highlands.

Diharap pemasangan lampu ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

Salurkan cadangan dan aduan melalui sistem pengurusan aduan SISPA - mdcameron.spab.gov.my

'Kesulitan Hari Ini, Untuk Keselesaan Di Masa Hadapan'

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 Julai 2024 - 2:27pm