MENU

 

Kini tiba pula giliran masyarakat beragama Hindu akan menyambut Perayaan Deepavali. Hari Deepavali atau pesta cahaya ini adalah sambutan tanda kemenangan kuasa baik yang mengatasi kuasa kejahatan bagi penganut agama Hindu. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada bangsa yang berbilang kaum, sudah semestinya kita bertuah kerana dapat bersama-sama berkongsi dan menikmati bersama lebih daripada satu perayaan besar dalam setahun. Pesta Cahaya atau Deepavali jika diterjemahkan dalam konteks kehidupan kita, semestinya kita mahu kemenangan dan nilai positif mengatasi sifat-sifat negatif yang ada pada kita demi memartabatkan keagungan bangsa kita, terutamanya Bangsa Malaysia.

“Cahaya” dalam pemahaman masyarakat Hindu juga dilihat sebagai satu kekuatan dan sinar baru untuk kita berubah dari satu tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Peribahasa Melayu menyatakan, “Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat. Hanya permuafakatan dan kerjasama berterusan antara kita semua tanpa mengira bangsa adalah tunjang kejayaan kepada negara kita yang dicintai.

Majlis Daerah Cameron Highlands, mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua dan juga penduduk Cameron Highlands am nya yang beragama Hindu . Semoga “ cahaya ” pada tahun ini akan membawa satu sinar dan lembaran baru.

#SayangiCameronHighlands

#TeamMDCH

#StrongerTogether

#kitajagakita

#AmalkanPenjarakanSosial

#NormaBaru

124176643_10164257534525403_294144336722811577_o.jpg

 

124557176_10164257533735403_1979923121806137781_o.jpg

 

124617239_10164257533310403_44549013190027975_o.jpg

 

125191371_10164257534250403_221523487497401746_o.jpg

125190980_10164257533550403_7813001762880884540_o.jpg

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2024 - 12:48pm