PENYELENGGARAAN JALAN DI KOMPLEKS GERAI KEA FARM
Oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto : Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam, MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 20 Disember 2024 – Kerja-kerja menampal jalan berlubang (potholes) yang berpunca daripada kesan tiang-tiang lampu yang dicabut di kawasan Kompleks Gerai Kea Farm telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kemudahan Awam (JKKA), MDCH pada hari ini.
Kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan seorang Pembantu Khidmat Am dan seorang Pembantu Kemahiran daripada jabatan berkenaan telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah cool mix patching.
Dengan bersumberkan peruntukan daripada MDCH, jabatan ini telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan aduan orang awam terutamanya peniaga dan pengguna jalan di kawasan tersebut dengan kadar segera.
Semoga orang awam berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak MDCH.
Salurkan cadangan dan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Daerah Cameron Highlands di pautan mdcameron.spab.gov.my