MENU

 

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS KALI KE-2 TAHUN 2024

Oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Teknologi Maklumat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 3 Julai 2024 - Perhimpunan pagi Majlis Daerah Cameron Highlands kali-2 bagi tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata dengan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari semua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Ketibaan Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan ke majlis perhimpunan tersebut pada pukul 8.30 pagi telah diiringi oleh Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa serta ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Majlis perhimpunan tersebut telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu MDCH dan lagu Perkhidmatan Awam serta diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh wakil dari Unit Penguatkuasa MDCH.

Dalam ucapan Yang Dipertua MDCH semasa perhimpunan tersebut, beliau menegaskan agar semua pegawai dan kakitangan MDCH mematuhi segala kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan dalam Surat Aku Janji . Beliau juga menyarankan agar semua jabatan/bahagian/unit untuk berfikiran lebih kritis untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan pada tahun ini.

Semoga amanat yang disampaikan dalam perhimpunan kali ini dapat mendorong semua pegawai dan kakitangan MDCH untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan penyampaian kepada masyarakat.

1

1

1

1

1

1

1

1

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 Julai 2024 - 2:27pm