MENU

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS KALI KE-3 TAHUN 2024

Oleh : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 9 September 2024 - Perhimpunan pagi Majlis Daerah Cameron Highlands kali-3 bagi tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata dengan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari semua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Ketibaan Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan ke majlis perhimpunan tersebut pada pukul 8.15 pagi telah diiringi oleh Setiausaha MDCH, Encik Mazlan bin Mohamed Isa serta ketua-ketua jabatan/bahagian/unit dalaman MDCH.

Majlis perhimpunan tersebut telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu MDCH dan lagu Perkhidmatan Awam serta diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh wakil dari Unit Penguatkuasa MDCH.

Dalam amanat yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua MDCH semasa perhimpunan tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas segala pencapaian yang telah diperoleh oleh MDCH pada tahun ini. Beliau berharap agar segala penghargaan dan pencapaian yang diperoleh dapat menyuntik semangat seluruh warga kerja MDCH untuk meningkatkan prestasi serta sentiasa berada di tahap penilaian yang cemerlang.

Seramai dua (2) orang kakitangan MDCH iaitu Puan Norini binti Ibrahim dan Encik Idris bin Zohrin juga telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Julai dan Ogos 2024 yang disampaikan oleh Yang Dipertua MDCH semasa perhimpunan tersebut.

Mengakhiri perhimpunan pagi pada hari ini, telah berlangsungnya pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dan ujian air kencing (urine test) yang dijalankan oleh AADK Daerah Raub bagi semua pegawai dan kakitangan MDCH.

perhim

perhim

per

per

per

per

per

per

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2024 - 4:54pm