MENU

 

Persembahan Taklimat Transformation Task Force Cameron Highlands

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

s

2

11

11

CAMERON HIGHLANDS, 08 Jun 2024 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli ke persembahan taklimat Transformation Task Force Cameron Highlands yang bertempat di Hotel Zenith Cameron Highlands.

Turut hadir Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta pemimpin di peringkat persekutuan,negeri dan daerah.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 11.00 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Indera Haji Zulkifli Haji Yaacob, Penasihat ESG KDPM TMP, Dato ' Sri  Muthanna bin Abdullah, CEO HIS Holding, YM Tengku  Dato' Aiman  Putra bin Dato' Tengku Kamal Bharin, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azmil Hadid bin Maznan dan diiringi Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands, Encik Mazlan bin Mohamed Isa.

#kesultananpahang

#AlSultanAbdullah

#sultanpahang

#TransformationTaskForce

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 Julai 2024 - 2:27pm