MENU

 

PKPD DI TRINGKAP

PKPD DILAKSANAKAN DI TRINGKAP, CAMERON HIGHLANDS

KUANTAN, 26 JUN 2021: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Tringkap, Cameron Highlands.

KKM mendapati berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu apabila sebanyak 70 kes telah dikesan hasil saringan ke atas 592 orang penghuni di lokaliti itu.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju

melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Tringkap, Cameron Highlands berkuat kuasa 28 Jun sehingga 11 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin.

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan

Kemaskini Terakhir: Rabu, 27 March 2024 - 4:14pm