MENU

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2024 BERTEMAKAN "MALAYSIA MADANI" JIWA MERDEKA

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 31 Ogos 2024 - Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Cameron Highlands yang telah bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Padang Awam Tanah Rata berlangsung dengan penuh meriah pada hari ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar bin Nordin telah hadir ke majlis tersebut selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Sebanyak empat (4) kategori pertandingan telah dipertandingkan sepanjang majlis tersebut iaitu

- Placard / Sepanduk Terbaik (Kategori Swasta dan Kerajaan)

- Kekemasan Pakaian Terbaik (Kategori Swasta dan Kerajaan)

- Keseragaman Perbarisan Terbaik (Kategori Swasta dan Kerajaan)

- Kereta Berhias Terbaik (Kategori Swasta dan Kerajaan).

Tahniah dan syabas kepada kontinjen perbarisan dan pasukan kereta berhias Majlis Daerah Cameron Highlands yang telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Kekemasan Pakaian Terbaik , johan bagi kategori Kereta Berhias Terbaik dan tempat ke-3 bagi kategori Placard / Sepanduk Terbaik.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada warga MDCH yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Semoga majlis pada hari ini dapat menyuntik semangat patriotisme dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia.

MERDE

YD

ONE

KAWAD

KERETA

MDCH

SUKAN

NEKA

KETE

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2024 - 4:54pm