MENU

 

SESI LIBAT URUS PENGARAH SPRM NEGERI PAHANG BERSAMA YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

TANAH RATA, 2 Julai 2024 – SPRM Negeri Pahang telah melaksanakan sesi libat urus dengan Majlis Daerah Cameron Highlands Pahang Darul Makmur, petang tadi. Sesi ini dihadiri oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang dan disambut oleh Encik Azmil Hadid bin Maznan, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Cameron Highlands.

Pertemuan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP Majlis Daerah Cameron Highlands dan beliau menzahirkan ucapan terima kasih kerana mengadakan sesi ini. Beliau juga menerangkan sedikit sebanyak berkenaan pentadbiran Majlis Daerah Cameron Highlands.

Selain daripada mengukuhkan hubungan baik kedua-dua belah pihak, turut dibincangkan mengenai isu-isu berkaitan tata kelola pihak berkuasa tempatan yang boleh mendedahkan kepada salah laku rasuah. Perbincangan mengenai cadangan-cadangan program pencegahan rasuah turut termasuk dalam agenda sesi libat urus ini.

Tuan Pengarah SPRM Negeri Pahang juga mengambil peluang memaklumkan pembukaan pejabat baharu SPRM Cawangan Cameron Highland dan memperkenalkan Ketua Cawangan, Ps Ahmad Syakir bin Abdullah.

Disediakan oleh:

Cawangan Pendidikan Masyarakat

SPRM Negeri Pahang

2

3

11

#RasuahDihinaMaruahDibina #sprmpahang #pahang1st

Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 Julai 2024 - 2:27pm