MENU
SIARAN TERTUNDA - SESI KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN TAKLIMAT PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (PENGUBAHAN) OLEH PLAN MALAYSIA NEGERI SEMBILAN.
 
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Jabatan Perancangan, MDCH
 
Cameron Highlands, 8 September 2025 – Satu sesi kunjungan hormat PLAN Malaysia Negeri Sembilan bersama PBT Negeri Sembilan ke Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah diadakan diketuai oleh Puan Norhasrin binti Abdullah mewakili Pengarah PLANMalaysia Negeri Sembilan.
 
Kunjungan hormat ini adalah bagi memenuhi jemputan MDCH bagi sesi perkongsian berkaitan Proses dan Prosedur Pengubahan Rancangan Tempatan di Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Encik Ahmad Shamil bin Abdul Ghani, wakil PLANMalaysia Negeri Sembilan.
 
Sesi tersebut juga turut disertai sebahagian wakil daripada PBT Negeri Sembilan iaitu Majlis Bandaraya Seremban, En Ahmad Shahrir bin Sahit dan Majlis Perbandaran Jempol, Encik Mohd Nor bin Ismail bagi berkongsi pengalaman oleh PBT masing-masing.
 
Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Mazlan bin Mohamed Isa selaku Setiausaha MDCH dan diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata kedua belah pihak sebagai tanda penghargaan dan ke arah mengukuhkan kerjasama strategik akan datang.
 

st

st

st

st

st

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 7 November 2025 - 8:46am