MENU

 

Walkabout Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke pasar malam Golden Hills, Cameron Highlands.

Sumber : Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto : Unit Perhubungan Awam Dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

Cameron Highlands, 7 Jun 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke pasar malam Golden Hills, Cameron Highlands pada pukul 5.30 petang.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda disambut oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Hj Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azmil Hadid bin Maznan, pegawai-pegawai jabatan kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat.

Baginda berkenan membeli jualan dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di pasar malam Golden Hills.

Selain itu, baginda turut berkenan menyantuni peniaga-peniaga di pasar malam tersebut.

1

11

11

11

11

 

#kesultananpahang

#sultanpahang

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Selasa, 6 Ogos 2024 - 5:23pm