MENU

 

NOTIS SEBUT HARGA

 Sila baca dengan teliti Notis Sebutharga yang disertakan

Sila ambil perhatian dan patuhi semua arahan dalam Notis Sebutharga

Rujuk gambar untuk maklumat selanjutnya

Kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera dengan gred, kategori dan pengkhususan seperti berikut dipelawa untuk mengambil bahagian dalam urusan perolehan kerja- kerja berikut:-

MDCH 15/2024 - CADANGAN MEMBAIKPULIH GERAI JUALAN DI KEA FARM, MD CAMERON HIGHLANDS

GRED G2

KATEGORI CE

PENGKHUSUSAN CE21

MDCH 16/2024 - CADANGAN MENAIK TARAF MERCU TANDA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI TANAH RATA, MD CAMERON HIGHLANDS

GRED G2

KATEGORI CE

PENGKHUSUSAN CE21

MDCH 17/2024 - CADANGAN PEMASANGAN LAMPU SOLAR JENIS LED DI TANAH RATA DAN KG RAJA, MD CAMERON HIGHLANDS

GRED G1/G2/G3

KATEGORI ME

PENGKHUSUSAN E06

Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Walau bagaimanapun, kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini DIGALAKKAN untuk membuat lawatan tapak sendiri. Pihak kontraktor hendaklah mengamalkan penjarakan sosial, memakai face mask dan mematuhi SOP yang dikuatkuasakan. Jabatan ini tidak bertanggungjawab di atas kegagalan pihak kontraktor mematuhi SOP yang dikuatkuasakan.

Dokumen Sebut harga akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah dan hanya penama syarikat sahaja dibenarkan membuat pembelian sebut harga. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN. Bagi maksud ini, kontraktor adalah diwajibkan membawa kad pengenalan, dokumen asal BPKU,CIDB,Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).

Dokumen Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap mestilah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandakan dengan Tajuk dan Nombor Sebutharga di atas sampul surat. Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga Majlis Daerah Cameron Highlands seperti ketetapan di atas.

Majlis Daerah Cameron Highlands tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen sebutharga yang dikemukakan melalui pos. Majlis Daerah Cameron Highlands juga tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#StrongerTogether

NOTIS : SEBUT HARGA

 

 

NOTIS : SEBUT HARGA

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2024 - 12:48pm