PEMBAHARUAN LESEN / PERMIT PERNIAGAAN MDCH BAGI TAHUN 2025
Majlis Daerah Cameron Highlands telah menetapkan agar kesemua lesen / permit perniagaan di bawah pentadbiran MDCH bagi tahun 2025 boleh diperbaharui bermula 02 Januari 2025 sehingga 28 Februari 2025 (Isnin hingga Jumaat).
Pemilik lesen perniagaan boleh hadir ke KAUNTER BERSEPADU MDCH dengan membawa lesen/permit tahun 2024. Kaunter pembaharuan lesen / permit dibuka setiap hari bekerja bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Semak syarat yang ditetapkan mengikut jenis lesen / permit sebelum hadir ke kaunter bagi memudahkan urusan anda.
Bagi membantu dan memudahkan orang awam bagi melakukan pembaharuan lesen/permit, MDCH akan membuka kaunter tambahan di lokasi seperti berikut :
1. Kaunter Unit Tempat Letak Kereta MDCH
- Isnin hingga Jumaat
2. Kaunter Bersepadu MDCH Kg. Raja
- Isnin hingga Jumaat
MDCH juga mengingatkan kepada semua pemilik lesen perniagaan agar memperbaharui lesen / permit mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pemilik lesen akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan denda lewat sekiranya gagal berbuat demikian.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands melalui talian 054911455 atau melalui emel rasmi MDCH majlis@mdcameron.gov.my