MENU

 

PEMBUKAAN PENYERTAAN TAPAK BAZAR RAMADAN CAMERON HIGHLANDS BAGI TAHUN 2025/ 1446H

bazar

1. Borang penyertaan boleh didapatkan di Kaunter Bahagian Pelesenan bermula 28hb Januari 2025 (Selasa) hingga 4hb Februari 2025 (Selasa).

2. Penyerahan borang penyertaan akan ditutup pada 4hb Februari 2025 (Selasa) di Kaunter Bahagaian Pelesenan Majlis Daerah Cameron Highlands.

3. TAPAK ADALAH TERHAD. Pembukaan tapak adalah melalui kaedah ‘First Come, First Serve’ dan satu tapak niaga hanya terhad kepada seorang peniaga sahaja.

4. Wakil adalah tidak dibenarkan.

5. Sila pastikan semua dokumen (Salinan Kad Pengenalan, Kad Suntikan Ty2, Sijil Kursus Pengendali Makanan dan Gambar Berukuran Passport) LENGKAP ketika penyerahan borang dibuat sebelum Tarikh tutup 4hb Februari 2025 (Selasa). Dokumen yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan anda DITOLAK.

6. Pelaksanaan Taklimat dan Cabut Undi Tapak Bazar Ramadan akan dimaklumkan kepada peniaga yang berjaya.

#Pahang1st

#MajuTerusPahang

#StrongerTogether

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#PrestasiDipertingkatKemakmuranDipertahan

#RasuahItuJenayah

Kemaskini Terakhir: Rabu, 22 Januari 2025 - 1:00pm