PEMBERITAHUAN RASMI
PENAMBAHBAIKAN SIRKULASI LALU LINTAS
DI PERSIMPANGAN JALAN MASUK KE BANDAR BARU BRINCHANG
(Di hadapan Balai Bomba Brinchang)
Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan sirkulasi lalu lintas akan dilaksanakan di persimpangan jalan masuk ke Bandar Baru Brinchang, di hadapan Balai Bomba Brinchang, bermula:
Rabu (8.00 malam), 21 Januari 2026
hingga
Jumaat, 23 Januari 2026
Tempoh: 3 hari
Sehubungan itu, orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berwaspada, mematuhi papan tanda sementara serta memberi perhatian sepenuhnya sepanjang melalui kawasan berkenaan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semua pihak.
Kerjasama dan kesabaran anda amat dihargai.
Sekian, terima kasih








