MENU

 

NOTIS PERINGATAN.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pelanggan yang dihormati.

Peringatan kepada mana-mana pihak yang menjalankan pembinaan dan pemasangan struktur papan tanda dan papan iklan luar atau 'billboard' tanpa kelulusan bertulis rasmi daripada Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).

Anda telah melakukan kesalahan dan boleh diambil serta dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang oleh MDCH.

Sehubungan dengan itu, pihak MDCH melalui Bahagian Kawalan Bangunan dan Warisan akan menjalan dan meneruskan operasi bersepadu dengan agensi berkaitan bagi kerja-kerja penguatkuasaan terhadap pemilik dan mana-mana struktur papan tanda dan papan iklan luar haram dari semasa ke semasa pada tahun ini.

Bagi yang telah mempunyai kelulusan baru dan pembaharuan pada tahun 2024, maka anda dikehendaki membuat pembaharuan permit struktur sementara dan lesen iklan bermula 2 Januari 2025 sehingga 28 Februari 2025.

Untuk makluman, antara syarat dan keperluan terkini untuk pertimbangan kelulusan struktur papan tanda dan papan iklan luar ialah perlu mendapatkan persetujuan dan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pihak Jabatan Kerja Raya sekiranya tapak melibatkan rizab jalan persekutuan dan rizab jalan negeri.

Sehubungan dengan itu, semua pihak diminta mematuhi segala peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa berhubung perkara tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tatacara dan prosedur permohonan kelulusan struktur papan tanda dan papan iklan luar boleh merujuk dan menghubungi Jabatan Perancangan MDCH.

Sekian makluman. Terima kasih.

1

#MalaysiaMadani

#KerajaanPerpaduan

#DemiPertiwi

#StrongerTogether

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#SayangiCameronHighlands

#KepuasanPelangganKebanggaanKami

#RasuahAdalahJenayah

#SustainableDevelopmentGoals

Kemaskini Terakhir: Rabu, 22 Januari 2025 - 1:00pm