MENU

RCSTSS 2014

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang dengan bangganya menganjurkan Persidangan Serantau Berasaskan Sains, Teknologi dan Sains Sosial 2014. Persidangan ini akan diadakan di Copthorne Hotel, Cameron Highlands, Pahang pada 23hb - 25hb November 2014.

 

Tujuan utama persidangan ini adalah untuk menyediakan platfom untuk saling bertukar idea, maklumat dan kepakaran di kalangan sarjana-sarjana sains, teknologi dan sains sosial. Selain itu, persidangan itu juga dianjurkan untuk mengukuhkan kerjasama di kalangan ahli-ahli akademik, ahli-ahli sains, pengamal, para penyelidik dan jurutera-jurutera dari seluruh rantau ini terutamanya Asia Tenggara.

 

Tujuan lain adalah untuk berkongsi serta membincangkan hasil penyelidikan, keputusan, maklumat, pengetahuan dan aktiviti-aktiviti untuk memajukan lagi bidang sains, teknologi dan sains sosial.

Tema persidangan ini adalah "Membina Masa Depan Lestari Melalui Eksplorasi Idea-idea Inovatif". Persidangan itu akan merangkumi bidang-bidang  seperti Seni Bina, Biologi, Kimia, Sains Komputer/Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan Alam Sekitar, Sains Makanan, Perhutanan, Kesihatan & Perubatan, Sains Bahan, Matematik & Statistik Sains Marin, Teknologi Nano dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www2.pahang.uitm.edu.my/rcssst2014/index.html

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Oktober 2021 - 5:07pm