MENU

 

IKLAN KEKOSONGAN GERAI / PREMIS MILIK MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Sumber: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDCH

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Berikut adalah iklan kekosongan gerai / premis milik MDCH.

Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Cameron Highlands atau melalui laman sesawang Facebook Majlis Daerah Cameron Highlands dan Portal Rasmi MDCH mulai 3 Mei 2024 dan hendaklah dihantar semula pada atau sebelum 22 Mei 2024 jam 4.30 petang.

Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan diproses.

Muat turun borang permohonan:

https://drive.google.com/drive/folders/1-29iDzj1_9pAuh_323zKMxduzzHyd-k4?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR1yCcp93LI2MqIsPp8BENbas0usf3hDH0ItM0cwAsnO9YNiwVMDwV6y9TI_aem_AZCrzp0ChhtQUP9tv72-VWFI24kk1m7v2icpa0IY-m6--m9jtaz1tO_2FsYdFFkXeJTOqSU91JDqF48-SYURQyym

 

Syarat-syarat permohonan:

1. Pemohon hendaklah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Pahang atau individu yang bermastautin tidak kurang dari 5 tahun di Cameron Highlands.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
  • Bukan kakitangan awam.
  • Keutamaan kepada yang telah berkahwin dan ibu tunggal.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan rekod kesalahan MDCH.
  • TIdak mempunyai lebih daripada 1 lesen perniagaan dengan MDCH.

2.  Permohonan adalah tidak terhad kepada sebarang jenis perniagaan yang bersesuaian (tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Temuduga Gerai / Premis.

3. Memiliki sijil Pendaftaran Perniagaan yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (bagi yang telah memiliki perniagaan sahaja).

4. Borang permohonan hendaklah dihantar selepas diisi secara lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan (seperti senarai semak).

 

TAWARANMENYEWAPREMISPERNIAGAANMDCH1

TAWARANMENYEWAPREMISPERNIAGAANMDCH4

TAWARANMENYEWAPREMISPERNIAGAANMDCH3

TAWARANMENYEWAPREMISPERNIAGAANMDCH

 

TAWARANMENYEWAPREMISPERNIAGAANMDCH

 

TAWARANMENYEWAPREMISPERNIAGAANMDCH

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 9 Mei 2024 - 12:43pm