MENU

 

MAKLUMAN RASMI

PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2026
 
Dimaklumkan kepada semua pemilik dan pengusaha premis perniagaan di daerah Cameron Highlands bahawa pembaharuan lesen perniagaan bagi tahun 2026 akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tempoh Pembaharuan
2 Januari 2026 hingga 28 Februari 2026
 
Waktu Urusan Kaunter
Isnin – Khamis
• 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
• 2.00 petang – 4.30 petang
 
Jumaat
• 8.00 pagi – 12.15 tengah hari
• 2.45 petang – 4.30 petang
 
Nota Penting
Pemilik perniagaan dikehendaki mendapatkan bil lesen terlebih dahulu daripada Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, MDCH sebelum membuat pembaharuan.
 
Sila hubungi
Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, MDCH di talian 05-491 1455 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Disember 2025 - 3:10pm