Dalam mencapai matlamat, MDCH melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
-
Mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan;
-
Merancang, melaksana serta mengawal selia pembangunan selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands dan Dasar-Dasar Kerajaan yang lain;
-
Menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan-jabatan lain serta pihak swasta untuk pembangunan pelbagai program seperti kemasyarakatan dan alam sekitar;
-
Mengawal selia aktiviti pengurusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn Bhd. (AFSB) dan pembersihan pusat bandar serta kawasan operasi;
-
Mengawal selia dan menguatkuasakan perkhidmatan kawalan makanan, premis jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands;
-
Memantau dan menyelaras kesejahteraan bandar;
-
Mempertingkatkan keindahan dan kebersihan kawasan MDCH disamping memelihara dan memulihara landskap semulajadi yang sedia ada;
-
Mewujudkan kemudahan-kemudahan awam yang berkualiti dan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang berkaitan bagi keselesaan penduduk setempat dan pelancongan;
-
Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan, dan dasar yang berkaitan;