MENU

Uniknya Perjalanan ke Cameron Highlands

 Jarak perjalanan Cameron Highlands dari Kuala Lumpur ialah 300 km atau 3 jam 40 minit perjalanan melalui lebuhraya PLUS. Pengunjung akan melalui susur keluar Tol Tapah. Selepas membayar tol, sila belok ke kiri pada lampu isyarat pertama dan teruskan perjalanan untuk ke Cameron Highlands. Jarak perjalanan dari Tapah hanya 60km, tetapi di situlah cabaran sebenar perjalanan bermula.. Jalan bengkang bengkok, licin dan sempit antara cabaran yang anda hadapi. Sesiapa yang tidak tahan kebiasaanya akan mengalami mabuk dan muntah.

          Bagi mengelak mabuk berpanjangan, anda boleh berhenti rehat di Lata Iskandar untuk menikmati kecantikan air terjun sebelum meneruskan perjalanan. Pelbagai pemandangan dapat anda lihat seperti orang asli menjual  hasil hutan  di bahu jalan, panorama bukit bukau dan gaung pastinya menjadikan perjalanan anda amat bermakna.

         Udara sejuk mula menyapa anda taktala anda melalui pekan Ringlet. Purata suhu di pekan ringlet sekitar 16 darjah celcius mendinginkan lagi suasana. Di pekan ringlet ni terdapat stesyen minyak shell dan beberapa buah klinik.

 

Tips untuk pemandu :
- Simpan beg plastik sebagai persediaan ketika anda mabuk
- Sekiranya kenderaan di hadapan ialah kenderaan berat,anda kena jarakkan kenderaan anda bagi memberi
  ruang untuk mengelakkan pekara yang tidak di ingini daripada berlaku.
- Pandu perlahan semasa hujan kerana jalan licin
- Buka lampu besar pada waktu malam semasa anda melalui selekoh bagi memberitahu bahawa pemandu
  lain yang anda sedang melalui selekoh.

           Laluan alternatif lain ialah melalui tol gombak keluar ke Plaza Tol Bentong melalui raub, sungai koyan, ringlet dan terus ke cameron highlands. Jalan ni merupakan jalan utama bagi mereka daripada pahang. Jarak perjalanan daripada tol gombak ke camerond highlands ialah 260 km. Kemudahan stesyen minyak melalui jalan ni terdapat di sungai koyan dan pekan Ringlet.Kelebihan laluan ini ialah kurang mendaki dan kurang selekoh tajam.Kelemahan laluan ini ialah anda akan melalui laluan utama Bandar Bentong dan Bandar Raub Tapah yang banyak kenderaan,

          Sekiranya anda daripada Utara ,Check point perjalanan anda akan melalui plaza Tol Simpang Pulai.Laluan ini akan melalui Kampung Raja, Kampung Kuala Terla, Tringkap, Brinchang, Cameron highland. Jalan di sini agak baik dan kurang berlubang berbanding jalan melalui tol tapah.Kelebihan melalui jalan sini ialah jalan nya lebih luas, pemandangan cantik, selekoh yang tidak merbahaya dan kurang kawasan berbukit. Bagi anda yang mudah mabuk, eloklah guna jalan Tol simpang pulai. Perbezaan jarak perjalanan tol tapah dan simpang pulai hanya 70km.Kelemahan bagi laluan ini ialah, anda akan berhadapan dengan jem yang sangat teruk terutama pada musim cuti sekolah iaitu di laluan Kampung Raja ke Tanah Rata sehingga memakan masa perjalan 6 jam bagi jarak 25km. Jadi rancang perjalanan anda bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan ini.

         Sekiranya anda dari Pantai Timur , anda boleh bergerak ke cameron highland melalui check point gua musang, pulai, poring,kampung kuala terla , tringkap dan brinchang. anda digalakkan mengisi minyak di bandar gua musang kerana perjalanan selama 2 jam daripada gua musang ke cameron highland tiada kemudahan stesyen minyak.  Jalan di sini agak berlubang dan bumpy. Suhu sejuk yang menyebulungi perjalanan kian nipis. Punca suhu sejuk yang makin menurun dipercayai akibat projek pembalakan yang tidak terkawal dan pembukaan ladang pertanian yang baru.

JARAK ANTARA BANDAR
Ringlet ke Tanah Rata - 13km
Tanah Rata ke Brinchang - 6km
 Brinchang ke Tringkep - 8km
Tringkap ke Kuala Terla - 5km
 Kuala Terla ke Kg.Raja - 3km

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 Mei 2017 - 12:27pm